Saturday 18 May 2013

Customize Ribbon

Assalamualaikum,

Pada hari ini saya ingin menunjukkan bagaimana untuk menambah tab ribbon sediaada. Anda boleh menambah group ribbon mengikut kesesuaian atau juga boleh mengubah bahasa pada setiap command pada ribbon.

Saya akan menunjukkan langkah-langkah untuk membuat penambahan tab ribbon dan group ribbon.

Langkah :
1) Pilih butang Options di Backstage
2) Klik Customize Ribbon
3) Klik pada New Tab.
4) Pilih New Tab yang baru
    dicipta.
5) Rename New Tab dan New Group  kepada  nama lain. 


6) Pilih command  yang  dikehendaki
7) Klik Add
8) Command baru telah dimasukan di ruangan Main Tabs
9) Klik Ok




Hasilnya anda akan lihat tab baru pada ribbon iaitu My Tab dan group My Shortcut seperti rajah dibawah.


Mudah bukan ? ;).. 

Selamat mencuba.. :)

Wednesday 13 March 2013

Mengenal Microsoft Word

Assalamualaikum,

Untuk posting pertama, saya ingin menerangkan mengapakah kita menggunakan Microsoft Word  2010 (Word). Terdapat beberapa tujuan mengapa kita menggunakan MsW. Secara asasnya Word adalah bertujuan untuk menulis surat, laporan, label surat, memo, kad perniagaan, Invoice, dan macam-macam lagi. Kita akan melihat apakah ciri-ciri yang ada di dalam perisian ini nanti. 

Sebelum kita mempelajari teknik-teknik asas, saya akan memperkenalkan dahulu antaramuka perisian Word. Dibawah ini merupakan antaramuka permulaan Word apabila dibuka. Antaramuka ini adalah berlainan dengan versi yang lain. Contoh dibawah merupakan versi Word 2010.

Antaramuka Word 2010


Jika kita bandingkan dengan Word 2007, ianya tidak banyak perbezaan yang dapat dilihat. Antara perbezaannya adalah rekabentuk Ribbon. Gambar dibawah ini menunjukkan antaramuka bagi Word 2007. Kita dapat lihat rekabentuk Word 2010 adalah lebih kemas sedikit berbanding dengan Word 2007.


Antaramuka Word 2007

Sekarang mari kita berkenalan dengan komponen-komponen yang ada di antaramuka Word 2010.

Ribbon merupakan komponen utama bagi Word. Ianya terdiri daripada pelbagai fungsi untuk mengendalikan Word dengan lebih mudah. Elemen yang terdapat didalam Ribbon ini adalah Ribbon Tabs dan Ribbon Groups. Ribbon Tabs terdiri daripada menu-menu seperti Home, Insert, Page Layout dan seterusnya. Manakala Ribbon Group adalah terdiri daripada Clipboard, Font, Paragraph dan seterusnya seperti gambarajah dibawah.



Ok, anda boleh melihat elemen disetiap menu di dalam Ribbon Tabs. Halakan cursor anda untuk mengetahui apakah nama command and fungsinya.

Selamat mencuba :).

Sekian.

Salam Perkenalan

Assalamualaikum pembaca blog Mahir Microsoft Office. Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk membantu pengguna perisian Microsoft Office 2010 mendalami teknik-teknik menggunakan perisian Microsoft Office 2010 sama ada Word, Excel dan Power Point.

Insya Allah dengan adanya blog ini, saya akan cuba sedaya upaya untuk berkongsi pengetahuan berkenaan penggunaan perisian Microsoft Office seperti Word, Excel dan Power Point..
Yang Benar,
Muhammad Razif B AB Rahman
mrar_160@yahoo.com
0 1 9 6 8 9 8 8 0 1